Thursday, 24 September 2015

PENGEKOSAN KERJA

APA ITU PENGEKOSAN KERJA?

  • Satu kaedah pengekosan produk
  • Tujuan - mengagihkan kos-kos input iaitu kos bahan langsung, kos buruh langsung dan kos overhed kilang kepada produk.
  • Kebiasannya berlaku dalam industri percetakan, perabot, pembinaan, pakaian dan lain-lain.

CIRI-CIRI PENGEKOSAN KERJA

  • Produk yang dikeluarkan bergantung kepada tempahan daripada pelanggan.
  • Produk adalah pelbagai atau heterogenous

ALIRAN KOS DALAM PENGEKOSAN KERJA


PENGGUNAAN DOKUMEN SUMBER DAN LEMBARAN KOS KERJA

  1. Barang Perolehan Bahan Mentah
  • Digunakan bagi mengesahkan pengeluaran bahan mentah dari stor ke jabatan pengeluaran.
  • Menerangkan kuantiti dan kos seunit bahan mentah yang dikeluarkan
  • Sumber rujukan untuk memindahkan kos perolehan bahan mentah dari akaun inventori bahan mentah ke akaun inventori kerja dalam proses.
     2.  Tiket Masa Kerja

  • Kerja yang dilakukan oleh buruh langsung direkodkan ke dalam tiket masa kerja.
  • Rujukan bagi mengakaunkan kos buruh langsung yang dilibatkan bagi sesuatu kerja dan dimasukkan ke dalam akaun kerja dalam proses.

     3.  Lembaran Kos Kerja

  • Merekod semua kos pengeluaran iaitu kos bahan langsung, kos buruh langsung dan kos overhed kilang yang diserap untuk sesuatu teempahan kerja.

Pelarasan Overhed Terlebih Serap Dan Terkurang Serap

Catatan Perlarasan:
         
        Overhed Terlebih Serap
        Dt. Overhed Kilang                         XX
                   Kt. Kos Barang Dikilang                  XX

        Overhed Terkurang Serap
        Dt. Kos Barang Dikilang                 XX
                   Kt. Overhed Kilang                          XX

CATATAN JURNAL DALAM PENGEKOSAN KERJA