Apa itu gelagat Kos?
Gelagat kos adalah hubung kait si antara sesuatu kos dengan tahap aktiviti yang mneyebabkan kos tersebut. Pengurus perlulah mengetahui dan memahami aktiviti yang akan menyebabkan kewujudan kos di dalam syarikat. Sebagai contoh, kayu merupakan kos bahan langsung untuk pembuatan perabot. Banyak atau tidak kayu yang digunakan akan bergantung kepada tingkat pengeluaran perabot yang dibuat.Kos Berubah
Hubungan Antara Kos Berubah Dengan Tingkat Pengeluaran |
- Kos yang berubah secara berkadar terus dengan perubahan dalam tingkat pengeluaran.
- Jumlah kos berubah akan bertambah atau berkurang pada kadar yang sama dengan perubahan dalam tingkat pengeluaran.
- Kos berubah seunit adalah tetap jika ada berlaku perubahan dalam tingkat pengeluaran.
- Contoh:kos bahan mentah, kos buruh langsung, duti atas bahan mentah, belanja langsung kilang.
Kos Tetap
Hubungan Kos Tetap dengan Tingkat Pengeluaran |
- Atau disebut sebagai kos malar.
- Kos yang tidak berubah mengikut perubahan tingkat aktiviti pengeluaran.
- Contoh; sewa kilang, insurans kilang, susutnilai loji dan mesin, gaji pengurus.
- Jumlah kos tetap adalah sentiasa sama walaupun pengeluaran bertambah atau berkurang.
- Kos tetap seunit akan berubah mengikut volum pengeluaran (unit keluaran / unit jualan).
- Semakin tinggi volum pengeluaran , semakin rendah kos tetap seunit dan sebaliknya.
Kos Bercampur
Hubungan Antara Kos Bercampur Dengan TAhap Aktiviti |
- Mempunyai dua elemen kos iaitu kos berubah dan kos tetap.
- Berubah secara keseluruhan tetapi tidak berubah mengikut tingkat aktiviti.
- Contoh; utiliti kilang
Analisis Gelagat Kos
Tujuan dan kepentingannya analisis ini ialah untuk mengenal pasti gelagat kos, mengasingkan elemen kos berubah dan kos tetap dan membuat anggaran kos. Analisis gelagat kos boleh dilakukan melalui 3 kaedah:
- Kaedah Tinggi Rendah
- Kaedah Lakaran Graf
- Kaedah Regresi
Fungsi kos
Y= a+bx
Di mana, Y= Jumlah Kos
a= Kos Tetap
b= Kos berubah Seunit (kecerunan garis lurus)
x= Unit Aktiviti
Jumlah Kos= Kos Tetap + Kos Berubah
Kaedah Tinggi Rendah
Fungsi kos hanya dikira berdasarkan dua titik data iaitu dengan mengambil data kos aktiviti tertinggi dan aktiviti terendah bagi menentukan kos berubah seunit dan jumlah kos berubah.
Cara mengira kos berubah seunit :
Fungsi kos : Y= a+bx
b = kos berubah seunit.
b = kos aktiviti tertinggi - kos aktiviti terendah
aktiviti tertinggi - aktiviti terendah
*Kos tetap adalah sama pada semua tingkat aktiviti pengeluaran.
No comments:
Post a Comment