Friday, 25 September 2015

PENGEKOSAN PIAWAI & ANALISIS VARIANS

KOS PIAWAI

  • Kos yang dijangkakan atau ko yang dipratentukan untuk seunit produk.
  • Digunakan sebagai asas untuk kawalan kos dan sebagai ukuran kecekapan bagi produktif.
  • Kos penentuan awal bagi bahan mentah, buruh langsung dan overhed kilang yang ditetapkan atau dicajkan ke atas sesuatu pengeluaran.
Formula:
          
              Kos Piawai Seunit = Kuantiti piawai  x  Harga piawai

Kegunaan Pengekosan Piawai

  1. Sesuai digunakan dalam penyediaan belanjawan
  2. Sebagai kayu ukur dalam proses pengawalan
  3. Memudahkan penilaian inventori dan kos barangan dijual
  4. Memudahkan merekod dan menyimpan rekod perakaunan

VARIANS

Varians merupakan perbezaan nilai sebenar dengan nilai sepatutnya berlaku mengikut piawai.
Analisis varians boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:
  • Analisis Varians Hasil - Analisis ke atas hasil jualan sebenar dengan hasil jualan yang sepatutnya berlaku mengikut standard. 
  • Analisis Varians Kos - Analisis ke atas perbezaan kos sebenar dengan kos yang sepatutnya berlaku mengikut standard. Ia terbahagi kepada 3 jenis:
                    i.   Analisis varians kos bahan mentah langsung (VBML)
                    ii.  Analisis varians kos buruh langsung (VBL)
                    iii. Analisis varians kos overhed       - overhed berubah (VOHB)
                                                                               - overhed tetap (VOHT)

VARIANS BAHAN MENTAH LANGSUNG

Analisis varians harga bahan mentah langsung digunakan atau dibeli


+
Analisis varians kuantiti bahan mentah langsung diguna

Varians Harga = (AP x AQ) (SP x AQ)
                        = (AP SP) x AQ
         


  +

Varians Kuantiti = (AQ x SP) (SQ x SP)
                           = (AQ SQ) x SP

                                   =      JUMLAH BAHAN MENTAH LANGSUNG

Sebab-sebab berlakunya varians kos bahan mentah langsung;

Varians harga bahan mentah langsung
Varians kuantiti bahan mentah langsung

  •       Perancangan belian, teratur atau tidak.

  •       Penggunaan kualiti bahan mentah langsung.

  •       Kuantiti bahan berbeza.

  •       Penggunaan bahan mentah langsung yang boleh diganti atau tidak.

  •       Perubahan harga bahan mentah langsung

  •       Pengawalan barangan buangan atau rosak dengan sempurna atau sebaliknya

VARIANS BURUH LANGSUNG

Analisis varians kadar upah buruh langsung


+
Analisis varians kecekapan buruh langsung


Varians Kadar = (AR x AH) – (SR x AH)
     Upah  BL 
                        = (AR – SR) x AH



+

Varians Kecekapan = (AH x SR) – (SH x SR)
           BL
                                = (AH – SH) x SR

                                             =      JUMLAH BURUH LANGSUNG
** SH = (Jam piawai seunit x keluaran sebenar)

Sebab-sebab berlakunya varians kos buruh langsung;

Varians kadar upah
Varians kecekapan
  •      Kelemahan atau kebujaksanaan pegawai personalis.

  •           Kemahiran pekerja.

  •          Perubahan kadar upah di pasaran

  •           Berlaku kerosakan mesin.

  •          Menggunakan buruh yang mempunyai kadar upah yang tepat atau tidak.

  •           Kesihatan pekerja.

VARIANS OVERHED

  1. Varians Overhed Berubah
Analisis varians perbelanjaan


+
Analisis varians kecekapan 


Varians Perbelanjaan = (AR x AH) – (SR x AH)
     
                                   = (AR – SR) x AH



+

Varians Kecekapan = (AH x SR) – (SH x SR)
           
                                = (AH – SH) x SR

                                                         =      JUMLAH OH BERUBAH
    2. Varians Overhed Tetap

Analisis varians perbelanjaan


+
Analisis varians volum 


Varians        = OHKT Sebenar OHKT Belanjawan
Perbelanjaan
                    = (AR x AH) – (SR x Jam Normal)
     


+

Varians volum = OHKT Belanjawan OHKT Diserap
                         = (SR x Jam Normal) (SR x Jam Diserap)
                                                            =      JUMLAH OH TETAP

No comments:

Post a Comment