Wednesday, 23 September 2015

ANALISIS KOS VOLUM UNTUNG

ANALISIS KOS VOLUM UNTUNG
Analisis tentang perhubungan antara KOS, VOLUM (kuantiti jualan) dan UNTUNG bagi sesuatu operasi
atau aktiviti pengeluaran sesebuah syarikat.

Formula:

  • UNTUNG / (RUGI) = HASIL JUALAN -JUMLAH KOS
  • JUMLAH KOS = KOS TETAP + KOS BERUBAH
  • HASIL JUALAN = BILANGAN UNIT DIJUAL X HARGA JUALAN SEUNIT
  • KOS BERUBAH = BILANGAN UNIT DIJUAL X KOS BERUBAH SEUNIT

TITIK PULANG MODAL, TPM


 • Satu tahap kuantiti pengeluaran apabila jumlah hasil jualan sama dengan jumlah kos.

 • Volum pengeluaran yang tidak memberi sebarang untung atau rugi (Untung adalah SIFAR)
 • Jumlah hasil hanya cukup untuk menampung kos.

Formula:

  • JUMLAH HASIL JUALAN - JUMLAH KOS = 0
  • JUMLAH HASIL JUALAN = JUMLAH KOS
Kaedah / Cara menghitung TPM





Kegunaan Titik Pulang Modal
  • Menentukan tahap volum jualan yang perlu dikeluarkan bagi mengelak kerugian.
  • Mengetahui jumlah keuntungan atau kerugian pada tahap pengeluaran tertentu.
  • Merancang pengeluaran untuk memperoleh untung yang disasarkan.
  • Merancang pengeluaran dan jualan dengan mengkaji kesan ke atas titik pulang modal jika perubahan dibuat ke atas kos tetap, kos berubah seunit atau harga jualan seunit.
    • merendahkan titik pulang modal dengan;
      • Meningkatkan harga jualan.
      • Mengurangkan kos tetap.
      • Mengurangkan kos berubah seunit.
Merancang Pengeluaran dengan Menggunakan Titik Pulang Modal      
  a. Kesan ke atas TPM jika;

    • Kos tetap berubah
      • Kos tetap bertambah, TPM bertambah dan sebaliknya.
      • TPM berubah secara langsung dengan kos tetap
    • Kos berubah seunit berubah
      • Kos berubah seunit bertambah, margin caruman seunit akan berkurang dan TPM akan bertambah dan sebaliknya.
      •  Harga jualan seunit berubah
      • Harga jualan seunit bertambah, margin caruman seunit akan bertambah dan TPM akan berkurang dan sebaliknya.
    • Harga jualan seunit berubah
      • Harga jualan seunit bertambah, margin caruman seunit akan bertambah dan TPM akan berkurang dan sebaliknya.

MARGIN KESELAMATAN

  • Perbezaaan di antara jualan sebenar (atau jualan jangkaan) dengan jualan pada titik pulang modal.
  • Dapat menunjukkan sejauh mana jualan boleh menurun atau berkurang sebelum berlaku kerugian.
Formula:
  • Margin Keselamatan (RM) =Jualan Sebenar (RM) - Jualan pada TPM (RM)
  • Margin Keselamatan (unit) = Jualan Sebenar (unit) - Jualan pada TPM (unit)
  • Margin Keselamatan (%)  = Margin Keselamatan (RM)                                                                                            Jualan Sebenar (RM)
*Lebih tinggi nilai margin keselamatan, lebih selesa situasi perniagaan tersebut kerana jualan tidak menyebabkan perniagaan mengalami kerugian. Begitu juga sebaliknya.

CAMPURAN JUALAN

  • Perniagaan mungkin mengeluarkan atau menjual lebih daripada satu produk.

Formula:
  • Produk A =                  Unit Produk A                                                                         Unit Produk A + Unit Produk B
  • Produk B =                  Unit Produk B                                                                         Unit Produk B + Unit Produk A

No comments:

Post a Comment