Thursday, 24 September 2015

OVERHED

APA ITU OVERHED?

  • Terdiri daripada kos perkilangan tidak langsung (semua kos perkilangan selain bahan langsung dan buruh langsung).
  • Tidak dapat dikesan secara langsung kepada produk tetapi perlu diagihkan. 

KOS PRODUK SEUNIT

  • Terdiri daripada kos bahan langsung, kos buruh langsung dan overhed kilang.

PERBANDINGAN SISTEM PENGEKOSAN SEBENAR DAN SISTEM PENGEKOSAN NORMAL

Dua sistem boleh digunakan dalam pengiraan kos seunit:
  1. Sistem Kos Sebenar
  2. Sistem Kos Normal
  • Sistem kos sebenar mengambilkira kos bahan langsung sebenar, kos buruh langsung sebenar dan overhed kilang sebenar.
  • Sistem kos normal mengambilkira kos bahan langsung sebenar, kos buruh langsung sebenar dan overhed kilang diserap.

PENENTUAN KOS PRODUK SEUNIT

**KOP = Kadar Overhed Pratentu
Biasanya pemilihan asas adalah berdasarkan kepada aktiviti kilang seperti di bawah:

ASAS AKTIVITI
SITUASI
UNIT
Unit keluaran
Semua unit produk adalah serupa, melalui proses yang sama dan dalam tempoh yang sama.


RM
Kos Bahan Langsung
Kos ini adalah kos yang tertinggi daripada kos-kos yang lain.

%
Kos Buruh Langsung
Kos yang paling tinggi dan kadar buruh langsug adalah sama di semua pusat kos.

%
Jam Buruh Langsung
Kilang yang berorientasikan tenaga buruh di mana tenaga buruh digunakan lebih banyak daripada mesin.


RM
Jam Mesin
Kilang yang berorientasikan mesin.
RM

Overhed Sebenar

  • Overhed sebenar ialah overhed yang benar-benar terlibat dalam sesuatu tempoh. Contohnya: belanja elektrik, belanja telefon dan air diketahui apabila bil-bil tersebut diterima. Belanja sewa, insuran dan gaji juga diselaraskan di akhir tempoh.

Overhed Anggaran (Belanjawan)

  • Overhead anggaran (belanjawan) adalah kos-kos overhed bagi tempoh akan datang ketika overhed sebenar belum diketahui.
  • Anggaran overhed perlu dilakukan untuk membantu pihak pengurusan membuat perancangan dan belanjawan.
  • Overhed yang dianggarkan ini tidak semestinya sama dengan jumlah overhed sebenar.

Overhed Diserap

  • Dianggarkan berdasarkan tahap aktiviti sebenar.
  • Overhed Diserap = KOP x Asas Aktiviti Sebenar
Di dalam pengekosan normal overhed diserap akan digunakan dalam menentukan kos produk. Kita akan dapat mengetahui kos overhed sebenar yang dilibatkan di dalam proses pengeluaran pada akhir tempoh. Oleh itu, perbandingan perlu dibuat di antara overhed yang diserap dengan overhed yang sebenar.


Overhed Terlebih Serap  = Overhed Diserap > Overhed Sebenar
                                         = Overhed Diserap ­­- Overhed Sebenar
                                         = Nilai positif

Overhed Terkurang Serap  =  Overhed Diserap < Overhed Sebenar
                                            = Overhed Diserap ­­- Overhed Sebenar
                                            = Nilai positif


No comments:

Post a Comment