Pengetahuan tentang konsep dan komponen kos perkilangan amat penting kepada setiap pengurus di dalam proses pengeluaran produk dan perkhidmatan. Kos adalah sumber yang perlu dikorbankan atau dilepaskan untuk mendapatkan barang atau perkhidmatan yang akan digunakan bagi menjanakan hasil pada masa hadapan.
Kepentingan Maklumat Kos
- membolehkan pihak pengurusan menjalankan fungsi perancangan, pengawalan dan pembuatan keputusan dalam sesebuah organisasi.
Perbezaan Antara Kos Dan Belanja
KOS
|
BELANJA
|
|
|
Klafikasi Kos
1.
Fungsi
o
Kos perkilangan
o
Kos bukan perkilangan
2.
Gelagat
o
Kos berubah
o
Kos tetap
o
Kos bercampur
3.
Lain-lain
Kos Perkilangan
1. Bahan Langsung
· Bahan mentah utama yang boleh dikenalpasti pada produk.
· Contoh: kayu untuk membuat meja.
2. Buruh Langsung
· Mereka yang terlibat secara langsung menukarkan bahan mentah kepada barang siap.
· Contoh: operator perkilangan
3. Overhed Kilang
· Semua kos perkilangan selain dari kos bahan mentah langsung dan buruh langsung.
· Kos overhed dikenali sebagai kos perkilangan tidak langsung.
· Contoh: sewa kilang,insurans kilang, utiliti kilang, susutnilai mesin, paku, gam, vamis atau cat, kertas pasir, penyelia kilang, pengawal keselamatan kilang dan pekerja am kilang.
Kos Bukan Perkilangan
1.
Belanja Jualan
·
Berkaitan dengan kos bagi memasarkan barang siap
·
Contoh: belanja pengiklanan, gaji staf bahagian
jualan
2.
Belanja Pentadbiran
·
Terlibat dengan urusan pentadbiran kilang &
tidak boleh diagihkan kepada aktiviti pengeluaran.
·
Contoh: gaji pengarah (CEO) dan gaji kakitangan
pentadbir.
Elemen Pengeluaran
- Kos
- Bahan langsung atau bahan utama dalam proses pengeluaran.
- Kos Bahan Mentah = Stok Awal Bahan Mentah + Belian Bahan Mentah + Kos Yang Melibatkan Belian Bahan Mentah (Duti Atas Belian Bahan Mentah, Angkutan Atas Belian Bahan Mentah, Insurans Atas Belian Bahan Mentah) – Stok Akhir Bahan Mentah
- Akan meningkat sekiranya unit pengeluaran ditingkatkan dan sebaliknya.
- Kos buruh langsung
- Upah yang diberi kepada pekerja yang terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran.
- Contoh; gaji kilang, upah kilang.
- Belanja Langsung
- Belanja yang turut berubah secara berkadar terus dengan volum pengeluaran.
- Contoh; bayaran royalti, kos reka bentuk produk dan kos pendaftaran paten.
- Kos Prima
- Kos Bahan Mentah + Kos Buruh Langsung + Belanja Langsung.
- Kos Overhed
- Kos yang tidak terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran tetapi diperlukan untuk mengeluarkan output (meliputi semua kos pengeluaran yang bukan kos bahan dan juga bukan kos buruh langsung).
- Tidak berubah mengikut perubahan volum pengeluaran dalam jangka masa tertentu.
- Contoh;
a. Kos buruh tak langsung; gaji jurutera kilang, gaji penyelia kilang, gaji pengurus kilang dan gaji jaga kilang.
b. Bahan tak langsung; bahan api, minyak pelincir.
c. Sewa kilang.
d. Sewa loji dan mesin.
e. Susut nilai loji dan mesin.
f. Insurans kilang.
g. Pembaikan dan penyelenggaraan loji dan mesin.
h. Alat-alat kecil - perkakas-perkakas kecil yang digunakan untuk membaiki dan menyelenggara mesin dan loji di kilang; tukul, spana, nat, skru dan playar. ( Belanja Alat-alat Kecil = Stok Awal Alat-alat Kecil + Belian Alat-alat Kecil – Stok Akhir Alat-alat Kecil). - Kerja Dalam Proses
- Atau dikenali disebagai barang separuh siap.
- Barang yang telah diproses tetapi belum dapat disiapkan pada akhir tempoh perakaunan.
- Masih dalam beberapa pringkat pengeluaran.
- Akan dinilai dengan mengambil kira kos bahan mentah, kos buruh langsung dan kos overhed yang terlibat.
dd
No comments:
Post a Comment