Wednesday, 23 September 2015

PENGENALAN PERAKAUNAN PENGURUSAN


PERBANDINGAN ANTARA PERAKAUNAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PENGURUSAN



Sistem perakaunan terdiri daripada perakaunan kewangan dan perakaunan pengurusan.




Perakaunan Kewangan



  • Menyediakan laporan kewangan kepada pengguna luaran yang terdiri daripada pemegang saham, pemilik, pemiutang, penganalisis kewangan, kesatuan sekerja dam badan kerajaan.
  • Pengguna luaran- menilai pencapaian operasi dan kedudukan kewangan.
Perakaunan Pengurusan
  • Menyediakan maklumat perakaunan kepada pengguna dalaman untuk merancang, membuat keputusan dan mengawal operasi syarikat.

Perakaunan Kewangan
Perakaunan Pengurusan
     1. Jenis Pengguna:

Pengguna luaran seperti pemegang saham, pemiutang dan penganalisis kewangan
Pengguna dalaman seperti pihak pengurusan dan pekerja
     2. Pemasaan Laporan:

Berkala seperti enam bulan atau setahun sekali
Kekerapan mengikut kehendak pengurusan
     3. Tujuan Laporan:

Melihat prestasi organisasi secara keseluruhan
Perancangan kawalan dan pembuatan keputusan
     4. Jenis Maklumat Digunakan:

Guna data sejarah atau secara keseluruhan
Guna data masa lepas, semasa, dan masa depan
     5. Bentuk Maklumat:

Data ringkas dam secara keseluruhan
Data lebih terperinci mengenai produk, proses dan bahagian tertentu dalam organisasi
     6. Peraturan Penyediaan:

Perlu mematuhi prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum.

Maklumat kewangan yang objektif dan terperinci mengikut Akta Syarikat 1965 & Piawai Pelaporan Kewangan Malaysia (Malaysian Financial Reporting Standards - MFRS)
Tidak perlu mematuhi prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum.

Maklumat bersifat kewangan dan bukan kewangan yang subjektif dan bebas (mengikut kesesuaian kehendak pihak pengurusan) dan tiak perlu mematuhi sebarang akta.

No comments:

Post a Comment