Saturday, 26 September 2015

PENGEKOSAN SERAPAN & PENGEKOSAN MARGINAL

Pengekosan Serapan

  • Kaedah pengekosan produk
  • Menentukan kos produk dengan mengambil kira semua kos pengeluaran iaitu bahan langsung, buruh langsung, kos overhed kilang dan kos tetap overhed kilang.

Pengekosan Marginal

  • Tujuan: pelaporan pengeluaran.
  • Menentukan kos produk dengan tidak mengambil kira kos tetap overhed
  • Kos tetap overhed dikira sebagai kos tempoh iaitu sebagai belanja pada tempoh perakaunan ianya berlaku.

PERBANDINGAN ANTARA PENGEKOSAN SERAPAN DAN PENGEKOSAN MARGINAL

CONTOH PENENTUAN KOS PRODUK SEUNIT DAN FORMAT PENYATA PENDAPATAN



CARA -CARA DAN FORMAT MENGGUNAKAN SISTEM PENGEKOSAN NORMAL

Pengekosan Normal??

  • OHK diserap digunakan untuk mengira kos produk.
  • OHK sebenar tidak sama dengan OHK diserap.
  • Akan berlaku OH terlebih atau terkurang serap.
Contoh:



Kesan Unit Pengeluaran/Jualan Ke Atas Untung Bersih:


Keluaran/Jualan
Kesan ke atas inventori
Kesan ke atas untung bersih
Keluaran > Jualan
Meningkat
P.Serapan > P.Marginal
Keluaran < Jualan
Menurun
P.Serapan < P.Marginal
Keluaran = Jualan
Tiada
P.Serapan = P.Marginal


Friday, 25 September 2015

BELANJAWAN

BELANJAWAN

  • Satu rancangan berbentuk kuantitatif yang menerangkan bagaimana sesuatu sumber itu diperoleh dan digunakan sepanjang satu tempoh belanjawan tertentu.
Tujuan:
  1. Perancangan
  • Pengurus dikehendaki membuat perancangan terlebih dahulu.
  • Pengurus akan menentukan matlamat organisasi di masa hadapan dan menyediakan langkah-langkah yang perlu diambil.
     2.  Komunikasi dan Koordinasi
  • Belanjawan menjadi satu alat komunikasi antara jabatan-jabatan, seterusnya menggalakkan koordinasi bagi aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh setiap jabatan.
  • Boleh meningkatkan lagi kecekepan dan keberkesanan operasi.
    3.  Pengagihan Sumber
  • Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebih berkesan dan teratur.

KOMPONEN BELANJAWAN INDUK

i.     Belanjawan Operasi

         1.  Belanjawan Jualan
         2.  Belanjawan Pengeluaran
         3.  Belanjawan Belian Bahan Langsung
         4.  Belanjawan Buruh Langsung
         5.  Belanjawan Overhed
         6.  Belanjawan Belanja Jualan dan Pentadbiran
         7.  Belanjawan Inventori Akhir Barang Siap
         8.  Belanjawan Kos Barang Dijual
         9.  Belanjawan Penyata Pendapatan

ii.   Belanjawan Kewangan 
         
         1.  Belanjawan Tunai
         2.  Belanjawan Penyata Kedudukan Kewangan

Belanjawan Jualan 



  • Merupakan asas kepada belanjawan-belanjawan lain, maka ramalan jualan perlu dibuat dengan tepat.
  • Mengandungi maklumat unit jualan dan harga jualan,


  • Belanjawan Pengeluaran

    • Menentukan unit barang siap yang perlu dikeluarkan untuk memenuhi kehendak jualan dan keperluan inventori akhir barang siap.
    • Anggaran Pengeluaran (unit) = Anggaran jualan + Inventori akhir  Inventori awal 

    Belanja Belian Bahan Langsung

    • Belanjawan pengeluaran menunjukkan berapa unit barang siap perlu dikeluarkan untuk memenuh kehendak jualan dan keperluan inventori akhir barang siap.
    • Keperluan bahan untuk pengeluaran = Anggaran unit pengeluaran  x  Keperluan seunit
    • Anggaran Pembelian = Keperluan pengeluaran + Inv. Akhir bahan  dikehendaki  Inv. Awal bahan

    Belanjawan Buruh Langsung

    • Menunjukkan keperluan jam buruh langsung beserta kosnya untuk jumlah unit pengeluaran yang dianggarkan dalam belanjawan pengeluaran.

    Belanjawan Overhed

    • Menunjukkan anggaran semua kos tidak langsung.

    Belanjawan Belanja Jualan dan Pentadbiran

    • Anggaran belanja-belanja bukan perkilangan yang terdiri daripada berubah dan tetap.

    Belanjawan Inventori Akhir Barang Siap

      Memberikan maklumat yang di perlukan untuk menyediakan belanjawan penyata pendapatan dan merupakan maklumat penting untuk menyediakan belanjawan kos barang dijual.

      Belanjawan Kos Barang Dijual

      • Belanjawan kos barang dijual ini boleh disediakan dengan menggunakan maklumat daripada belanjawan belian bahan, buruh langsung, overhed dan inventori akhir barang siap

      Belanjawan Penyata Pendapatan

      • Meringkaskan semua maklumat dalam belanjawan-belanjawan yang telah disediakan sebelum ini.


      Belanjawan Tunai

      • mengetahui bila akan berlaku aliran tunai masuk dan aliran tunai keluar dan seterusnya dapat menjangkakan bila kan berlaku sebarang lebihan atau kekurangan tunai.
      • Belanja susut nilai tidak dimasukkan dalam pembayaran tunai kerana susut nilai hanyalah suatu peruntukan kos.
      Contoh:


      Belanjawan Penyata Kedudukan Kewangan

      • Belanjawan ini bergantung kepada maklumat yang terkandung dalam kunci kira-kira tahun semasa dan belanjawan-belanjawan lain dalam belanjawan induk.

        PENGEKOSAN PIAWAI & ANALISIS VARIANS

        KOS PIAWAI

        • Kos yang dijangkakan atau ko yang dipratentukan untuk seunit produk.
        • Digunakan sebagai asas untuk kawalan kos dan sebagai ukuran kecekapan bagi produktif.
        • Kos penentuan awal bagi bahan mentah, buruh langsung dan overhed kilang yang ditetapkan atau dicajkan ke atas sesuatu pengeluaran.
        Formula:
                  
                      Kos Piawai Seunit = Kuantiti piawai  x  Harga piawai

        Kegunaan Pengekosan Piawai

        1. Sesuai digunakan dalam penyediaan belanjawan
        2. Sebagai kayu ukur dalam proses pengawalan
        3. Memudahkan penilaian inventori dan kos barangan dijual
        4. Memudahkan merekod dan menyimpan rekod perakaunan

        VARIANS

        Varians merupakan perbezaan nilai sebenar dengan nilai sepatutnya berlaku mengikut piawai.
        Analisis varians boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:
        • Analisis Varians Hasil - Analisis ke atas hasil jualan sebenar dengan hasil jualan yang sepatutnya berlaku mengikut standard. 
        • Analisis Varians Kos - Analisis ke atas perbezaan kos sebenar dengan kos yang sepatutnya berlaku mengikut standard. Ia terbahagi kepada 3 jenis:
                            i.   Analisis varians kos bahan mentah langsung (VBML)
                            ii.  Analisis varians kos buruh langsung (VBL)
                            iii. Analisis varians kos overhed       - overhed berubah (VOHB)
                                                                                       - overhed tetap (VOHT)

        VARIANS BAHAN MENTAH LANGSUNG

        Analisis varians harga bahan mentah langsung digunakan atau dibeli


        +
        Analisis varians kuantiti bahan mentah langsung diguna

        Varians Harga = (AP x AQ) (SP x AQ)
                                = (AP SP) x AQ
                 


          +

        Varians Kuantiti = (AQ x SP) (SQ x SP)
                                   = (AQ SQ) x SP

                                           =      JUMLAH BAHAN MENTAH LANGSUNG

        Sebab-sebab berlakunya varians kos bahan mentah langsung;

        Varians harga bahan mentah langsung
        Varians kuantiti bahan mentah langsung

        •       Perancangan belian, teratur atau tidak.

        •       Penggunaan kualiti bahan mentah langsung.

        •       Kuantiti bahan berbeza.

        •       Penggunaan bahan mentah langsung yang boleh diganti atau tidak.

        •       Perubahan harga bahan mentah langsung

        •       Pengawalan barangan buangan atau rosak dengan sempurna atau sebaliknya

        VARIANS BURUH LANGSUNG

        Analisis varians kadar upah buruh langsung


        +
        Analisis varians kecekapan buruh langsung


        Varians Kadar = (AR x AH) – (SR x AH)
             Upah  BL 
                                = (AR – SR) x AH



        +

        Varians Kecekapan = (AH x SR) – (SH x SR)
                   BL
                                        = (AH – SH) x SR

                                                     =      JUMLAH BURUH LANGSUNG
        ** SH = (Jam piawai seunit x keluaran sebenar)

        Sebab-sebab berlakunya varians kos buruh langsung;

        Varians kadar upah
        Varians kecekapan
        •      Kelemahan atau kebujaksanaan pegawai personalis.

        •           Kemahiran pekerja.

        •          Perubahan kadar upah di pasaran

        •           Berlaku kerosakan mesin.

        •          Menggunakan buruh yang mempunyai kadar upah yang tepat atau tidak.

        •           Kesihatan pekerja.

        VARIANS OVERHED

        1. Varians Overhed Berubah
        Analisis varians perbelanjaan


        +
        Analisis varians kecekapan 


        Varians Perbelanjaan = (AR x AH) – (SR x AH)
             
                                           = (AR – SR) x AH



        +

        Varians Kecekapan = (AH x SR) – (SH x SR)
                   
                                        = (AH – SH) x SR

                                                                 =      JUMLAH OH BERUBAH
            2. Varians Overhed Tetap

        Analisis varians perbelanjaan


        +
        Analisis varians volum 


        Varians        = OHKT Sebenar OHKT Belanjawan
        Perbelanjaan
                            = (AR x AH) – (SR x Jam Normal)
             


        +

        Varians volum = OHKT Belanjawan OHKT Diserap
                                 = (SR x Jam Normal) (SR x Jam Diserap)
                                                                    =      JUMLAH OH TETAP

        Thursday, 24 September 2015

        OVERHED

        APA ITU OVERHED?

        • Terdiri daripada kos perkilangan tidak langsung (semua kos perkilangan selain bahan langsung dan buruh langsung).
        • Tidak dapat dikesan secara langsung kepada produk tetapi perlu diagihkan. 

        KOS PRODUK SEUNIT

        • Terdiri daripada kos bahan langsung, kos buruh langsung dan overhed kilang.

        PERBANDINGAN SISTEM PENGEKOSAN SEBENAR DAN SISTEM PENGEKOSAN NORMAL

        Dua sistem boleh digunakan dalam pengiraan kos seunit:
        1. Sistem Kos Sebenar
        2. Sistem Kos Normal
        • Sistem kos sebenar mengambilkira kos bahan langsung sebenar, kos buruh langsung sebenar dan overhed kilang sebenar.
        • Sistem kos normal mengambilkira kos bahan langsung sebenar, kos buruh langsung sebenar dan overhed kilang diserap.

        PENENTUAN KOS PRODUK SEUNIT

        **KOP = Kadar Overhed Pratentu
        Biasanya pemilihan asas adalah berdasarkan kepada aktiviti kilang seperti di bawah:

        ASAS AKTIVITI
        SITUASI
        UNIT
        Unit keluaran
        Semua unit produk adalah serupa, melalui proses yang sama dan dalam tempoh yang sama.


        RM
        Kos Bahan Langsung
        Kos ini adalah kos yang tertinggi daripada kos-kos yang lain.

        %
        Kos Buruh Langsung
        Kos yang paling tinggi dan kadar buruh langsug adalah sama di semua pusat kos.

        %
        Jam Buruh Langsung
        Kilang yang berorientasikan tenaga buruh di mana tenaga buruh digunakan lebih banyak daripada mesin.


        RM
        Jam Mesin
        Kilang yang berorientasikan mesin.
        RM

        Overhed Sebenar

        • Overhed sebenar ialah overhed yang benar-benar terlibat dalam sesuatu tempoh. Contohnya: belanja elektrik, belanja telefon dan air diketahui apabila bil-bil tersebut diterima. Belanja sewa, insuran dan gaji juga diselaraskan di akhir tempoh.

        Overhed Anggaran (Belanjawan)

        • Overhead anggaran (belanjawan) adalah kos-kos overhed bagi tempoh akan datang ketika overhed sebenar belum diketahui.
        • Anggaran overhed perlu dilakukan untuk membantu pihak pengurusan membuat perancangan dan belanjawan.
        • Overhed yang dianggarkan ini tidak semestinya sama dengan jumlah overhed sebenar.

        Overhed Diserap

        • Dianggarkan berdasarkan tahap aktiviti sebenar.
        • Overhed Diserap = KOP x Asas Aktiviti Sebenar
        Di dalam pengekosan normal overhed diserap akan digunakan dalam menentukan kos produk. Kita akan dapat mengetahui kos overhed sebenar yang dilibatkan di dalam proses pengeluaran pada akhir tempoh. Oleh itu, perbandingan perlu dibuat di antara overhed yang diserap dengan overhed yang sebenar.


        Overhed Terlebih Serap  = Overhed Diserap > Overhed Sebenar
                                                 = Overhed Diserap ­­- Overhed Sebenar
                                                 = Nilai positif

        Overhed Terkurang Serap  =  Overhed Diserap < Overhed Sebenar
                                                    = Overhed Diserap ­­- Overhed Sebenar
                                                    = Nilai positif


        MOTIVASI SEBAGAI SEORANG PELAJAR

        Sebagai seorang pelajar, kita perlu mempunyai nilai-nilai murni untuk menjadi pelajar cemerlang. Di sini saya ingin berkongsi ciri-ciri seorang pelajar cemerlang.

        PELAJAR CEMERLANG
        Pelajar yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar itu dianggap sebagai cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang.

        Kualiti-kualiti pelajar cemerlang yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

        AMANAH
        Pelajar yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Allah S.W.T..

        BIJAK
        Pelajar yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah.

        CERGAS
        Pelajar yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.

        DEDIKASI
        Pelajar yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasannya, akan dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam apa juga perkara yang harus dilaksanakan ke arah dan untuk mencapai hasil yang terbaik.

        ELOK
        Pelajar yang cemerlang baik dari segi penampilan diri, tutur kata dan perbuatan. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan.

        Pelajar yang cemerlang menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi gerak-gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk guru-guru, ibu-bapa serta keluarganya.

        FAHAM
        Pelajar yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkannya lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum memberi maklum balas. Ingatannya juga kuat kerana mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.

        GIGIH
        Pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat, tekun dan besungguh-sungguh. Ianya seronok belajar setiap mata pelajaran. Ianya juga bijak menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya.

        HASRAT
        Pelajar yang cemerlang sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya di dunia dan akhirat. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya itu memberikan suntikan motivasi kepadanya berusaha bersungguh-sungguh.

        IMAN
        Pelajar yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T.. ianya juga sentiasa berusaha mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga sentiasa mentaati ibubapa, pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang negara serta segala peraturan yang mesti dipatuhi.
        Sekian.


        Semoga kita semua sentiasa dirahmati oleh Allah SWT.

        PENGEKOSAN PROSES

        PENGEKOSAN PROSES?


        • Satu sistem pengekosan produk bagi proses pengeluaran yang berterusan dan untuk barang yang sejenis atau homogenus.
        • Tujuan - mengira kos produk yang pengeluarannya adalah bersifat besar-besaran seperti industri petroleum, makanan dan elektronik.

        PERBEZAAN PENGEKOSAN KERJA DAN PENGEKOSAN PROSES



        CIRI
        PENGEKOSAN KERJA
        PENGEKOSAN PROSES
        1.
        Jenis produk
        Heterogenous (pelbagai)
        Homogenous (seragam)
        2.
        Produk
        Boleh dikenalpasti dan dibezakan di antara satu sama lain
        Tidak dapat dikenalpasti dan dibezakan di antara satu sama lain
        3.
        Pengumpulan kos
        Mengikut kerja
        Mengikut jabatan
        4.
        Dokumen kawalan
        Lembaran Kos Kerja
        Laporan Kos Pengeluaran
        5.
        Aliran pegeluaran
        Mengikut tempahan
        Berterusan


        UNIT SETARA


        • Dikenali sebagai unit persamaan.
        • Mengira jumlah unit yang siap dan unit yang belum siap.
        Terdapat dua kaedah untuk mengira unit setara:

        1. Kaedah purata wajaran
        2. Kaedah masuk dahulu keluar dahulu.
        *Saya akan menerangkan kaedah purata wajaran sahaja.

        Formula:

        Unit Siap    = Inv. Awal KDP + Unit Dimulakan - Inv. Akhir KDP

        Unit Setara = Unit Siap + (Unit KDP Akhir x % Siap)

        PENGIRAAN KOS PRODUK SEUNIT

        Terdapat beberapa langkah untuk mengira kos produk seunit di dalam pengekosan proses.

        Contoh:

        KOS PINDAH MASUK

        • Kos yang dipindah keluar daripada jabatan pertama iaitu kos unit yang telah siap dalam jabatan pertama dibawa masuk ke jabatan kedua untuk proses seterusnya.
        • Kos pindah masuk tidak wujud di jabatan pertama.
        Contoh:

        PENYEDIAAN LAPORAN KOS PENGELUARAN

        • Ringkasan maklumat kos pengeluaran bagi setiap tempoh untuk setiap jabatan memproses.
        • Tujuan: mengawal pengeluaran dan kos dalam setiap jabatan.
        Langkah-langkah penyediaan laporan:
        1. Analisis aliran unit fizikal
        2. Pengiraan unit setara
        3. Analisis aliran kos
        4. Pengiraan kso perunit (kos per unit persamaan untuk bahan langsung dan kos penukaran
        5. Analisis jumlah kso yang telah diakaunkan.

        Contoh:




        CATATAN JURNAL

        • Merekod aliran kso dalam pengekosan proses.
        Contoh: